Print
info
Hits: 393

PELAKSANAAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN BAGI UiTM CAWANGAN TERENGGANU SEMESTER OKTOBER 2020 - FEBRUARI 2021

Merujuk kepada Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 16 Tahun 2020, Pelaksanaan Kemasukan Semula Pelajar Ke Kampus serta Penyampaian Pengajaran dan Penilaian Pembelajaran, ketetapan penyampaian dan pembelajaran (PdP) bagi Semester Oktober 2020 - Februari 2021 adalah mengikut kaedah ODL dan juga pembelajaran bersemuka, mengikut kesesuaian kursus program masing-masing. 

Sehubungan dengan itu, dengan mengambil kira pekeliling ini dan juga maklumbalas yang diberikan oleh pihak fakulti kaedah PdP bagi pelajar UiTM Cawangan Terengganu bagi Semester Oktober 2020 - Februari 2021 adalah seperti jadual yang dilampirkan.

Diharap jadual mod PdP bagi setiap kursus ini dapat dijadikan panduan kepada semua pelajar di dalam membuat persediaan dan perancangan menghadapi Semester Oktober 2020 - Februari 2021 seperti logistik, sewa rumah dan lain-lain.